CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 10, 2017

2017

Hampir 5 tahun menyepi blog ni. Sibuk dengan segala komitmen. Wujudnya blog ni dulu, blogger single mingle lagi, skrg dah kawen n anak pun dah 2 org.
Ini buah hati ibu

Insya Allah lepas ini dapatla menulis semula dengan cerita2 menarik agar blog ini terus HIDUP..Moga diberi kesempatan. Amin

Monday, February 18, 2013

Aku Bersyukur Ya ALLAH




Aku bersyukur dengan Nikmat - Mu

Aku bersyukur dengan Pemberian - Mu

Aku bersyukur dengan Ujian - Mu

Aku bersyukur dengan Dugaan - Mu

Aku bersyukur dengan Ketentuan - Mu


                 Aku bersyukur atas ape yg telah kau turun kan kepadaku... kau telah menghapuskan dosa2 kecil aku..moga aku akan makin tabah untuk menempuh hari mendatang untuk menempuh ujian dariMu..

                Alhamdulillah... setelah kau berikan kesakitan untuk hambaMu ini, kini Kau telah sembuhkan nye..aku amat bersyukur.. dan ini telah mengajar aku erti ketabahan dalam meniti jalan Mu Ya ALLAH.. Kau mengajar aku erti kesabaran... dan Kau jua membawa aku makin dekat kepada Mu untuk aku lebih mengenaliMu.. amat besar nikmat yg Kau berikan kepadaku Ya ALLAH.

               Alhamdulillah jua tidak terhingga buatMu Ya ALLAH kerana telah memakbulkan doaku selama ini.. kini selangkah lagi untuk aku menuju kejaaan dalam hidupku...moga kau permudahkan segalanya.. tanpaMu Ya ALLAH siapalah aku hamaba yg kerdil ini..

Aku bersyukur padaMU Ya ALLAH..ALLAHU AKBAR...
ALHAMDULILLAH....AMIN..












Monday, December 24, 2012

Ku Redha Kau Pergi

02.12.12... Perkara yg menjadi pengganggu tidur aku suatu ketika dlu kini telah menjadi realiti dlm hidup aku..kenapa hrini bru ia terjadi,knp tidak pada hri aku ckp tabah untuk menerimanya..walau apa pun aku bersyukur dengan semangat yg telah di berikan oleh sanak saudara, kwn2, ahli keluarga & yg paling kuat dri suami aku sendiri..yg pergi tetap akan pergi..kite yg masih hidup perlu teruskan kehidupan..aku perlu kuatkan diri untuk terima semua ini. Pagi tu aku keluar darah yg banyak bila aku ke tandas untuk buang air,aku takut sgt..bila aku bgthu mak sare aku,die cakap mybe aku gugur.aku makin takut..bila aku ke hospital buat check up.ape yg aku takutkan betol2 terjadi. Dr sahkan beby aku telah tiada..dr tidak menjumpai jantung beby sms dr wat scan.air mata aku tidak dpat tahan lagi untuk keluar masa tu..terus laju keluar melimpah dri mata aku.hanya Tuhan saje tahu perasaan aku ketika itu.aku x taw mcm mn nak bgthu tentang ni tambah2 lg kat suami aku.die mungkin amat sedih bl dpt taw. Beby seberat 8g telah selamat aku lahirkan dalam keadaan masih bersalut lendir..tapi sudah tidak bernyawa..sedih sgt bila doktor tunjuk beby 2 kat aku..aku ingin peluk die,tpi aku x kuat untuk sentuh dia sekali pon. suami aku tetap tabah untuk melihat anak nye untuk kali terakhir sebelum diuruskan pihak hospital. Esoknya..beby ku selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Selaseh, Gombak..tapi aku n suami xsempat lg untuk melawatnya,..insyalah..nanti ibu n ayah akan melawat kubur mu...tgu ibu n ayah di sana yer.. Moga aku makin tabah untuk terima semua ini dan untuk menerima kelahiran yg akan datang..moga ade rezeki lg untuk kami...AMIN..

Ulang Tahun Ke-2

25hb Disember 2012 Hrini genap 2 tahun kami menjalinkan hubungan yg serius...kini aku mngecapi kebahagian dengan suami tercinta..moga Allah mempermudahkan segala urusan di dunia n akhirat insyaallah..sesungguhnya kami berharap agar hubungan yg telah terjalin ini akan kekal selamanya hingga ke akhir hayat kami nanti..amin..

Monday, April 2, 2012

Dengan Sekali Lafaz

"Saya terimalah nikahnya dengan mas kahwen sebanyak yang tersebut."

"SAH..?"

"sah.. sah.."



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allahuakbar dengan izinnya dalam sekelip mata sahaja kini aku sudah menjadi isteri orang..Air mataku yang kian bertakung di kelopak mata kini jatuh berderai.. badanku menggigil dan seluruh badanku terasa di awangan.. perasaan ketika itu tidak dapat aku ungkap dengan kata-kata. seperti ada suatu kuasa laen yang telah masuk ke dalam diri ni.. Mungkin Allah nak menyatakan padaku bahawa "engkau bukan lagi hak ibu bapamu" dengan cara sebegini.. Sekarang engkau adalah hak sepenuhnya insan bernama Zulkurnain Bin Harun. Ketaatanmu dan kepatuhan mu kini yang lebih utama adalah kepada dia...Jangan sesekali bagimu untuk merderhakai dia..sesungguhnya Syurga kamu kini terletak di telapak kaki nye.

Kini usia perkahwinanku sudah masuk 24 hari..(tarikh dari entry ni tulis) Alhamdulillah, aku masih rasa keberkatanNya.. Aku rasa begitu cepat masa berlalu...rasa mcm baru semalam kami turun dari jinjang pelamin..Tapi apa pun kebahagiaan jelas terasa antara kami.. tapi...sedih maaa kne tgal berjauhan ngan suami..suami kat KL aku lak kat cini..tapi yang happy on my bestday die balik cni..special present 2..suke3..Dalam tempoh ini, banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan aku masih lagi belajar.

SUAMI, merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)




Kalau dulu... orang ketiga selepas Allah dan Rasul ialah ibubapa, sekarang ialah SUAMI ku. Wajarlah, selepas berkahwin dosa aku ditanggung oleh nya. Ketaatan dan kepatuhan aku jatuh kepadanya. Jadi, aku belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara, supaya jika baginya apa yang aku buat dan mana yang aku pergi itu tidak wajar, bolehlah suamiku menasihati aku terlebih dahulu. Walau mungkin zahirnya pada aku tiada apa-apa, tetapi mungkin tidak baginya. Telah Allah tulis bahawa imamku adalah dia, pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku, yang tahu mana yang baik, mana yang buruk untukku adalah DIA...SUAMIKU..

Kalau dulu... Aku x belajar untuk menghormati die, x menghalusi cara percakapanku, bebas berpakaian, serta x membatasi pergaulan aku...Tapi kini tidak lagi, aku belajar untuk mengubah semua 2 untuk mendapat Redhanya bekalan di akhirat nanti. Aku mahukan terbaik untuknya kerana AWAK & SAYA kini sudah menjadi 1..

Jika dulu...aku hanya seorang student, sekarang tidak lagi..aku dah jadi mcm2..aku kini student, pekerja, isteri, n next to be mom..(xsbr dah..walaupun kini still berbadan satu)..kalau dulu orang yang paling risau tentang perkembangan kesihatan kita adalah family..tapi skrang SUAMI adalah lebih dari itu.. die upenya lebih dari ibubapaku..caring so much for my health..aku sayang sgt kat die..aku kene tambah berat badan supaya aku dapat menampung berat orang baru nanti (xcted lebih ni)..tapi mcm sukar bagi aku nak tambah berat badan..mkn byak pon still camni gak..xpelah REDHA je..

Kalau dulu... aku suka meng'expose'kan diri, sekarang aku belajar untuk lebih exclusive hanya untuk SUAMI aku. iya lah, yang memberi kebahagiaan kepadaku adalah dia, yang menjaga makan pakaiku adalah dia, yang memberi zuriatku adalah dia, yang bakal menjadi bapa kepada bakal anak2ku nanti adalah dia dan yang melayan karenah aku bershopping pun dia (semuanya dia.. syoknya kawen..syoknya ade SUAMI). jadi wajarlah aku meletakkan suamiku paling atas dari yang lain. ia juga pada masa yang sama mengajar aku untuk lebih menjaga HIJABKU. Aku rasa sekarang mcm hidupku sedikit berubah dengan adanya dlm hidupku..semuanya terjaga..terima kasih ALLAH kerana kau menghantarnya untuk aku..

Banyak perkara yang telah aku belajar, tetapi masih terlalu banyak yang perlu aku belajar. Kadang-kadang aku juga sendiri lupa dengan apa yang telah aku belajar, tetapi teguran dan nasihat dari suamiku kembali menaikkan semangat untuk terus belajar dengan lebih gigih. motif hidup kita adalah untuk mendapatkan redha Allah. untuk mendapat redha Allah, aku, sebagai wanita perlu mendapatkan redha suami terlebih dahulu. inshaAllah, sama-sama kita berusaha ya SUAMIKU.

Semoga Allah meredhai usaha kita dan menghadiahkan kita kebahagiaan yang berkekalan. Di kurnakan anak2 yang soleh & solehah untuk kita dan rezeki yang melimpah..AMIN..