CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 2, 2012

Dengan Sekali Lafaz

"Saya terimalah nikahnya dengan mas kahwen sebanyak yang tersebut."

"SAH..?"

"sah.. sah.."



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allahuakbar dengan izinnya dalam sekelip mata sahaja kini aku sudah menjadi isteri orang..Air mataku yang kian bertakung di kelopak mata kini jatuh berderai.. badanku menggigil dan seluruh badanku terasa di awangan.. perasaan ketika itu tidak dapat aku ungkap dengan kata-kata. seperti ada suatu kuasa laen yang telah masuk ke dalam diri ni.. Mungkin Allah nak menyatakan padaku bahawa "engkau bukan lagi hak ibu bapamu" dengan cara sebegini.. Sekarang engkau adalah hak sepenuhnya insan bernama Zulkurnain Bin Harun. Ketaatanmu dan kepatuhan mu kini yang lebih utama adalah kepada dia...Jangan sesekali bagimu untuk merderhakai dia..sesungguhnya Syurga kamu kini terletak di telapak kaki nye.

Kini usia perkahwinanku sudah masuk 24 hari..(tarikh dari entry ni tulis) Alhamdulillah, aku masih rasa keberkatanNya.. Aku rasa begitu cepat masa berlalu...rasa mcm baru semalam kami turun dari jinjang pelamin..Tapi apa pun kebahagiaan jelas terasa antara kami.. tapi...sedih maaa kne tgal berjauhan ngan suami..suami kat KL aku lak kat cini..tapi yang happy on my bestday die balik cni..special present 2..suke3..Dalam tempoh ini, banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan aku masih lagi belajar.

SUAMI, merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)




Kalau dulu... orang ketiga selepas Allah dan Rasul ialah ibubapa, sekarang ialah SUAMI ku. Wajarlah, selepas berkahwin dosa aku ditanggung oleh nya. Ketaatan dan kepatuhan aku jatuh kepadanya. Jadi, aku belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara, supaya jika baginya apa yang aku buat dan mana yang aku pergi itu tidak wajar, bolehlah suamiku menasihati aku terlebih dahulu. Walau mungkin zahirnya pada aku tiada apa-apa, tetapi mungkin tidak baginya. Telah Allah tulis bahawa imamku adalah dia, pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku, yang tahu mana yang baik, mana yang buruk untukku adalah DIA...SUAMIKU..

Kalau dulu... Aku x belajar untuk menghormati die, x menghalusi cara percakapanku, bebas berpakaian, serta x membatasi pergaulan aku...Tapi kini tidak lagi, aku belajar untuk mengubah semua 2 untuk mendapat Redhanya bekalan di akhirat nanti. Aku mahukan terbaik untuknya kerana AWAK & SAYA kini sudah menjadi 1..

Jika dulu...aku hanya seorang student, sekarang tidak lagi..aku dah jadi mcm2..aku kini student, pekerja, isteri, n next to be mom..(xsbr dah..walaupun kini still berbadan satu)..kalau dulu orang yang paling risau tentang perkembangan kesihatan kita adalah family..tapi skrang SUAMI adalah lebih dari itu.. die upenya lebih dari ibubapaku..caring so much for my health..aku sayang sgt kat die..aku kene tambah berat badan supaya aku dapat menampung berat orang baru nanti (xcted lebih ni)..tapi mcm sukar bagi aku nak tambah berat badan..mkn byak pon still camni gak..xpelah REDHA je..

Kalau dulu... aku suka meng'expose'kan diri, sekarang aku belajar untuk lebih exclusive hanya untuk SUAMI aku. iya lah, yang memberi kebahagiaan kepadaku adalah dia, yang menjaga makan pakaiku adalah dia, yang memberi zuriatku adalah dia, yang bakal menjadi bapa kepada bakal anak2ku nanti adalah dia dan yang melayan karenah aku bershopping pun dia (semuanya dia.. syoknya kawen..syoknya ade SUAMI). jadi wajarlah aku meletakkan suamiku paling atas dari yang lain. ia juga pada masa yang sama mengajar aku untuk lebih menjaga HIJABKU. Aku rasa sekarang mcm hidupku sedikit berubah dengan adanya dlm hidupku..semuanya terjaga..terima kasih ALLAH kerana kau menghantarnya untuk aku..

Banyak perkara yang telah aku belajar, tetapi masih terlalu banyak yang perlu aku belajar. Kadang-kadang aku juga sendiri lupa dengan apa yang telah aku belajar, tetapi teguran dan nasihat dari suamiku kembali menaikkan semangat untuk terus belajar dengan lebih gigih. motif hidup kita adalah untuk mendapatkan redha Allah. untuk mendapat redha Allah, aku, sebagai wanita perlu mendapatkan redha suami terlebih dahulu. inshaAllah, sama-sama kita berusaha ya SUAMIKU.

Semoga Allah meredhai usaha kita dan menghadiahkan kita kebahagiaan yang berkekalan. Di kurnakan anak2 yang soleh & solehah untuk kita dan rezeki yang melimpah..AMIN..