SIFAT pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya..
SIFAT PEMARAH..ade je tertanam dalam diri ini..saya trase amat buruk skali memilikinya..i'll try tok belajar untuk membuang jauh2 sifat buruk ni..supaya semua org senang berkawan ngan saya terutamanya buat orang yang saya syg yg mner bakal menjadi teman hisup saya nnt..Demi Allah aku ingin berubah dan ingin membuang jauh2 sifat ini dri dlam diri.. saya cube untuk mencari langkah2 untuk menghilangkan sifat ini.. akhirnya saya mnjumpainya..
Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
- Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
- Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
- Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
- Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
- Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
- Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
- Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
- Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
KITA HANYA MERANCANG, TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA..
No comments:
Post a Comment