CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 29, 2011

~~LELAKI~~

  • Lelaki yang Gentleman bukanlah yang membukakan pintu kereta untuk mu ketika kamu hendak masuk.
  • Lelaki yang Romantik bukanlah yang menyanyikan untuk mu lagu cinta yang membuatkan mu hanyut, luluh bersama maruah dan kehormatan mu.
  • Tapi, lelaki yang Gentleman dan Romantik adalah lelaki yang tidak akan menyentuh mu, jiwa dan raga mu dengan perbuatan mahu pun kata-kata, sebelum dia mampu bersumpah di depan Allah dan manusia melalui akad ijab dan qabul untuk menjaga mu dan membimbing mu sampai ke syurga.

LELAKI (WARKAH SEORANG ANAK)
NYANYIAN SITI NURHALIZA

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini
Tuhanlah yang maha ESA

No comments:

Post a Comment