CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 27, 2011

Baucer Buku Tidak Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai

KUALA LUMPUR – Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi yang diumum dalam Belanjawan 2012 tidak boleh ditukar dengan wang tunai.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata penuntut mesti menggunakan sepenuhnya pemberian itu untuk pembelian buku dan bahan rujukan.


Beliau berkata langkah itu merupakan sikap prihatin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sesetengah buku agak mahal dan ia boleh membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.


“Ia juga untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar dan menggalakkan mereka membeli buku luar daripada sukatan pelajaran mereka,” katanya ketika ditemui selepas Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini.


Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat lepas mengumumkan pemberian baucer buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam. – BERNAMA

Baucer Buku RM200 Boleh Digunakan Tahun Depan

KOTA BAHARU – Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi Pengajian tinggi, yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Md Noor.
Beliau berkata mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucer dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.

Kira-kira 1.2 juta pelajar akan menikmati kemudahan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Kita Cakna Kerjaya Kolej Komuniti Malaysia 2011 di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah Kolej Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia, Prof Madya Kamarudin Kasim.

Ab Rahim berkata langkah kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada penuntut membuktikan kerajaan prihatin terhadap masa depan bidang pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian baucer buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

Terdahulu, dalam ucapannya Abd Rahim berkata Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi adalah bertujuan untuk menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di kalangan IPT.

“Ini selaras dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.

“Dasar ini juga adalah usaha kementerian bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian negara maju menjelang tahun 2020,” katanya. – BERNAMA

Thursday, November 24, 2011

SPSS

SPSS version 17.. baru je lepas g install kat BP MALL semalam.. maklum la baru kalut nak wat kajian rintis untuk PSM (Projek Sarjana Muda). pastu mula la kerja2 memasukkan data dari soal selidik yg telah aku edarkan..untuk kajian rintis ni x byak sgt la dalm 10 responden jerk..tpi dah ckup dah untuk belajar guna benda ni..


Perbezaan Artis Dulu & Sekarang


Mereka semua telah pun berhijrah....kita???

1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an)
'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB

4. Aznil Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'


Wednesday, November 23, 2011

Full House

Betol2 gile aku ngan citer ni.. huh aku rase semua org penah tgok citer ni kan.. hari2 ade maen lagi kat TV7, time aku cuti hari2.. ape lgi aku x penah miss ar tgok citer ni.. balik kat BP smbg tgok kat TONTON lak.. 2 kate, kalau dah minat semua leh jadi kan..huhuhu..

Sinopsis
Han Ji Eun adalah seorang penulis biasa yang telah ditipu oleh rakan baiknya sendiri termasuk rumah dan semua yang dimilikinya. Beliau terkandas di China, dan berjaya meminjam wang dari seorang pelakon tersohor ketika itu iaitu Lee Young Jae untuk kembali ke Korea. Pada kepulangannya, beliau mendapati bahawa rumahnya telah dibeli oleh Lee Young Jae. Dalam usaha untuk mendapatkan harta bendanya kembali, dia telah terlibat dengan perkahwinan kontrak dengan Young Jae selama 1 tahun. Walaupun kehilangan semua hartanya, Ji Eun berjaya menjadi ceria dan berjaya menjaga rahsia hubungan rahsia antara kedua-kedua mereka kerana mereka mula bergantungan atara satu sama lain dan mula jatuh cinta.

Beza Cinta Sebelum & Selepas Kahwin

CINTA:
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takda, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa..

Perbezaan antara lelaki & perempuan

Inilah lumrah kehidupan dunia sekarang...jom layan..

Sekolah menengah vokasional dinaik taraf kolej pada 2013

KUALA LUMPUR: Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.

"Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) yang bertanya bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Mohd Puad berkata kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.


Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).


Pelajar sekolah menengah Tibngkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua, katanya.

Mohd Puad berkata antara 15 sekolah perintis yang terlibat adalah, Sekolah Menegah Kebangsan Vokasional Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsan Vokasional Kluang dan Sekolah Menegah Kebangsaan Teknik Datuk Seri Mohd Zin.

Pada tahun 2013, sebanyak 150 sekolah akan dipilih untuk mengikuti program asas vokasional yang melibatkan 9,450 orang pelajar, katanya. - BERNAMA

Monday, November 21, 2011

MALAYSIA VS INDONESIA

KEMENANGAN yg diraih oleh pasukan Negara ketika bertemu dengan INDONESIA dalam perlawaman bola sepak dalam merebut pinagt EMAS begitu bermakna dan pasti dapat dirasai oleh semua rakyat MALAYSIA dalam sukan SEA ke26 di tempat lawan.. ini merupakan ibu segala pingat yang dimenangi oleh pasukan Negara selama 2 thun berturut-turut dalam sukan tersebut.

aku slah seorang penyokong pada mlm tdi yg menyaksikan perlwanan yg ckup2 m'debarkn ini.. dahla time 2 dari Melaka baru balik melawat umah kawan yang baru je kehilangan arwah ayahnya.. masa lak x brape mngizinkan untuk trus balik ke Batu Pahat..so singgah le tgok bola kat umah kawan di Muar dlu..kami same2 mnyokong perlwanan ni bersama kawan laki2 kat c2.. bukan maen lagi..mak die fanatik jgak upe nyer..terbaek la..
mcm2 ragam leh tgok bile tgok bola ngan budak2 laki..berbeza bile tgok ngan kaum2 hawa ni (mulut je lebih). ape pun kanangan terindah la..
pas2 harini jmp lak satu entri yang kat bawah ni...cam buleh di layan jgak r..hhehehe

TERBAEK!!!

Saturday, November 19, 2011

Xde Ape2 Pon


knp suke cari pasal sdngkan ianya xde ape2 pon!!
knp sngaja mencetuskan masalah sdngkan ianya xde ape2 pon!!
knp sje bikin hal sedgkan ianya xde ape2 pon!!
knp suke wat kpala hang pening sedangkan ianya xde ape2 pon!!
knp sngja bagi die srabut ngan bnd yg ianya xde ape2 pon!!
knp sje bikin yg ade ape2 menjadi xde ape2!!

Tuesday, November 15, 2011

Sekadar Suke2 Jerk

Untuk Yang Lahir Pada Tahun 80an..mesti anda masih mengingati kenangan2 dulu..

PERSEMBAHKAN untuk anda SEMUA!!

masa sekolah dulu, kalau ade salesman datang kat sekolah nak jula buku cerita..arini bagi list, esok mintak duit ngan mak nak beli buku walaupun cerita tu dah tau..
salesman susu pon cam g2 gak..



Kat Library, budak-budak memg suka baca buku tapi just tengok gambar je
r..bile ada program Nilam, sebuk semua nak pinjam buku walaupun ha
nya salin nama peng
arang jerk..sinopsis pon maen tibai jerk..


RMT kat sekolah mknan x best pon, tapi yang x berduit tetap join gak..hehe x leh pakai gak..


Pakai pensel box yang boleh bukak depan, belakang..pas2 ade sharpener kat tengah-tengah die..


Main lawan2 pemadam, semua syg nak guna pemadam..padahal itu lah fungsi sebenar pemadam..untuk padam!! adus las..


Pakai pembaris bergigi, yang kat dalam ade air pastu ade bende berkilat dalam air tu..


Cikgu pakai pembaris panjang..yang ada pemegang kat tengah-tengah..tapi tak penah pun nakpak cikgu pegang pon kat situ..


bulu ayam jadi ramping sering d jadikan rotan.


Time Pendidikan Seni, lukis semua boleh..tapi bile time kaler semua hampeh..ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la..ape la..ingat x?


main game 2d..super contra, super mario, super sonic, street fighter..game tu semua pakai tape..


jam tangan Bot London jadi idaman, sebab dapat tukar-tukar warna ikut suhu n cuaca..


semua takut BCG, tapi lepas inject poyo la plak..


balik sekolah beli jojo tak pon Ding Dang...Tora pon best gak..beli semata-mata nak mainan je..coklat n kopok die tak mkn pon..

kasut nak yang berlampu kat tapak..cam dalam iklan die boleh tembak alien tu..


siri kartun: Power Rangers..Ultraman..Transformers..Ninja Turtle..Thundercats..Gaban..Maskman n macam-macam lagi..siap pilih "aku nyer kaler pink..korang amik lain kaler ar"..


Jangan lupa sume ni sbb zaman sekarang budak-budak xlyan bende2 gini..kita akan sentiasa berubah, cume asal usul kite yang kekal.

**DeTiK**

Untuk menempuh hari yg cukup bahagian yang bakal aku tempoh nanti..di mana hari2 aku akan bertukar status..erm..cam dah xsabar jerk..
dalam tempoh itu, aku telah melalui detik2 yang cukup manis..
iaitu dari MAJLIS MERISIK hingga lah MAJLIS PERTUNANGAN..
detik2 ini x dapat aku lupekan..
saksikanlah serba sedikit (jika sudi lah)

MAJLIS MERISIK PADA HARI RAYA AIDILFITRI 2010

Rombongan Dari Pihak Laki


Sesi Perbincangan


Sesi Menjamu Selera La Pulak



MAJLIS PERTUNANGAN PADA 25HB DISEMBER 2010

Rombongan Dari Pihak Lelaki..Cam nak kawen dah.


Sesi Bergambar Bersama Kawan2 ku Tercinta


Sesi Bergambar Bersama Sanak Saudara


Berdoa Moga Hubungan Kekal & Di Restui Ilahi



Sesi Menyarungkan Cincin


Renungan Buat Si Dia



MAJLIS PERKAHWINAN...COMING SOON!!!


TUNGGU..!!!!

3 HaL


Ada 3 hal yang Tak boleh Diulang kembali:
1. Waktu
2. Perkataan
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg Boleh menghancurkan Kehidupan kita:
1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam dan Hasad Dengki

Ada 3 Perkara yg kita tak boleh Kehilangan dari hidup Kita:
1. Cinta / Kasih sayang
2. Keluarga
3. Persahabatan


CINTA


InsyaAllah...cinta n syg mu sntiasa mekar..

amin

Monday, November 14, 2011

My New Background

The new background for my blog from

DIE LAGI

Rupe nyer die ade mlsh slme ni, nape aku x cube untuk menyelami keadaan die...hrini die kene tukar bhgian kat tmpt keje..kes disiplin katenyer.. tpi stahu aku die bukan org yg tidak b'disiplin orngnyer..aku xmau tnye byak2, taw sngt die 2..bukn nak citer pon, jrng skali leh jmp time die nak berkongsi kisah die. Cukup lah skadar aku fahami die.. Aku taw die cukup tertekan skrg ni,so aku x boleh bagi tekanan kat die lg. katenye kami dah x boleh nak msg acap kali mcm dlu lg time die keje.. Aku akan cube untuk menyesuaikan keadaan start dari skrg agar aku xjdi stress ngan keadaan kami nty. Apepun aku nak yg terbaik untuk hubungan kami ni. Hope Allah sentiasa melindungi hubungan kami ni spy kekal hingga ke akhir hyt..AMIN.

Sunday, November 13, 2011

PSM

how bout PSM..dah x lame dah nak VIVA ni tpi ape pun x jln ni..mcm byak menunggu jerk..hope semua berjalan dgn lancar.. Ya ALLAH permudahkan segalanyer..amin..

Bebudak

Nampak x adik2 pakai rantai 2..penah x mase kecil2 dlu buat n pakai rantai ni time maen ngan kawan2 dlu.. kalau aku penah r..budak kpg biase la.. mase kecik2 dlu kat belakang umah ade la pokok ubi kayu kan.. so time maen masak2 wat la rantai ni dri batang daun pokok ubi kayu 2...pmpn kene la melawa konon la...hehehe..

Dah lama dah tgal dunia budak2 ni.. time blik kpg ri2.. aku tgok spupu2 aku ni pakai rantai ni tringt blik zaman dlu2.. yg buat ni lak ayah aku.. upe nyer dlu2 ayah aku kot yg ajar wat rantai ni.. lupe dah...SEGALANYE MUNGKIN...tpi yg pakai skrg ni org laki daa...hehehehe

PAST IS PAST


Yang lepas biarkan ia berlalu,
coz kite xslalunyer bergantung pada yg lepas..
berdirinya kita harini adalah untuk menuju hari esok..

DIE

Cukup terharu n sedih sgt harini bile bersama die walaupun x lama.. aku buleh nampak kesungguhan die syg kan aku.. keprihatinan die kat aku.. wawawa mcm nak nitis jerk air mata.. tpi kne control, kat BTS time 2..nak blik Johor, org ramai.. tpi sblom 2 air mate ni dah tumpah pun hehehe.. lgi sedih care die tenang kan aku memg ckup matang.. aku suke sgt.. mkin deras ar air mata ni ngalir (mase ni bukn kat BTS).

D sbb kan die x mmpu melakukan sesuatu untuk aku, so berkali2 die mitak mf kat aku..aku tahu bukn sgja untuk die x leh bt bnd 2.. aku betol2 x kisah pon. aku thu i2 bukn kehendak die n laen yg die inginkan. sedih beb.

Kesungguhan die dlm nak wat persiapan nak kawen ni ckup jelas sgt.. memg aku terharu walaupun ini memg sudah t/jwb die. balik raye haji hari2 die dah g beli kan gelang untuk aku n cincin die..byak dah hbis kat c2.. dtg KL dah hampir pokai.. sian lak kat die, tpi die snd ngaku yg die bru leh rase bahang kehangatan majlis nanti.. aku snd dah mula rase akan kekalutannye.

Aku bersyukur ade die disisi aku time susah senang aku. die memg ckup memahami aku. byak sbr dngn kerenah aku. ckup matang dlm handlel mslh. aku snts inginkan yg terbaek untuk die. moga die snts hapy dgn khidupan die kini. tpi kurangnye aku ni, aku x penah ambek thu ape mslh yg die ade... atau pun memg die ni jenis x de maslh eh..(ade ker?)

Apepun aku harap moga kami mendapat keredhaan dariNYa.. amin

Wednesday, November 2, 2011

PANAHAN TUGASAN**

Now 5.00am..
still x tido nak siapkan xcment C++..esok dah kene hntar..tdi siang test C++ xdan nak wat sbelum ni..study la konon,..huk3..so now kelam kabut la..maklum la esok dah nak balik kpg..RAYE beb..so demi raye n nak blik awl kne la b'korban..kene la siapkan jgak..sape yg xnak blik awal leh la wat slow2..cos submit 2 hri lg..rase kan lah..ini makan nyer..
TAPI..
mata ini xngantok la wey...mau
x nyer...
mahgrib2 tido xsedar ape kot..aduhai anak dare ni..per la...
APEPUN..
yg penting esok blik kpg wey...
jom
BALIK KAMPUNG semua..
HOOREY.............


Tuesday, November 1, 2011

C++

Esok 2hb Nov 2011, test1 for subject c++ (Pengaturcaraan C)..uyo..tkot wey.
CODING2..

Ape pun study yerk kawn2... jwpn yang betol adalah yang sama ngan skema jwpn...kalau x, jwbnyer.......(0) beb..

C/c: Mr lect... En Fairuz , En Ezani n kwn2..