Ada seorang remaja yang bertanya pada saya, bilakah MASA yang sesuai untuk dia berfikir tentang KAHWIN..
Jawab saya : Apabila kita mula rasa BERTANGGUNGJAWAB untuk mengurus kehidupan kita maka kita sebenarnya sudah BERSEDIA untuk itu. Itulah kunci bagi GERBANG PERKAHWINAN iaitu RASA TANGGUNGJAWAB dan KEMATANGAN.
Kata saya lagi, selagi kita rasa duit kita adalah duit kita dan KOS PENGAJIAN kita itu tanggungjawab ibu dan ayah kita maka TANGGUHKAN DULU untuk fikir tentang kahwin. Memang saya perhatikan hari ini ada pelajar-pelajar yang terima biasiswa atau pinjaman lalu mereka gunakan sepenuhnya untuk memenuhi MINAT dan KESUKAAN mereka : tukar HP, beli kamera ribuan ringgit dan sebagainya. Bahkan tidak terlintas difikiran mereka untuk MERINGANKAN BEBANAN ibu ayah mereka. Mereka ini, kata saya pada remaja yang bertanya tadi ; "Jika kahwin pun, bahagianya hanya SEKEJAP SAHAJA.."
RUMAHTANGGA bukan senda gurau..TANGGUNGJAWAB kita bertambah, AMANAH kita semakin BERAT bahkan bermacam-macam UJIAN yang sedang menunggu di perjalanan. Tetapi, jika kita mula serius memikirkan tanggungjawab kita sebagai anak, anggota masyarakat, hamba Allah dan pemimpin umat maka kamu sebenarnya sudah bersedia untuk memikirkannya walaupun UMUR kamu masih terlalu muda.
Statistik tahun 2007 menunjukkan setiap HARI, 56 pasangan yang BRCERAI dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes perceraian ini melibatkan PASANGAN MUDA. Bukan ingin untuk menakut-nakutkan, sekadar memberi PERINGATAN supaya kita melihat PERKAHWINAN ini dengan PENGERTIAN yang lebih LENGKAP dan MATANG.
Mungkin ada yang merasakan perkahwinannya akan melepaskannya dirinya dari MASALAH ORANG BUJANG. Ya, selesai masalah bujang dan kita perlu bersedia untuk masalah dalam hidup berumahtangga pula. Bukankah hidup ini merupakan ujian?. Sebut tentang perkahwinan ini , terdapat 3 perkara yang dibincangkan oleh ulama semasa :
(1) Mahar yang tinggi : bahkan bukan-bukan.
(2) Aurat : masa tulah nak dedah semuanya.
(3)Tasyabbuh : bercampur perkara-perkara syubhah, meniru orang-orang kafir dan sebagainya. (Potong kek, pakai gaun ala kristian, bersanding ala hindu dan sebagainya.)
“Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dengan menjaga KEBERKATAN Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa SUKAR untuk bersimpuh mengadu kepadaNya. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon KEKUATAN danPERTOLONGANNYA tidak semudah yang kita gambarkan. Ketika perahu dilanda gelombang tidak semua manusia dapat kembali pada rasa KEHAMBAAN untuk merendah diri memohon kepadaNya dan tidak semua suara yang berdoa itu dikenali oleh Allah untuk diperkenankanNya.”
-Abu Umar-
>>> KESIMPULAN :
(1) Kita harus melihat pembinaan dan pembentukan rumahtangga dengan pandangan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
(2) Kematangan, kedewasaan dan kebijaksanaan kita di dalam mengemudi kehidupan terletak sepenuhnya kepada kita. Kitalah yang akan membuat keputusan dan pemilihan.
(3) Memelihara jalan-jalan menuju pembentukan baitul muslim dan aspek-aspek keberkatan di dalam pembinaan rumahtangga adalah sesuatu yang serius dan harus dilihat dengan penilaiaan syara’.
(4) Penyerahan kepada jalan yang syara’ dan berusaha untuk menepati kehendak Allah SWT dalam melaksanakan pembinaan “masjid” ini adalah suatu perjuangan yang suci. Kita lah yang akan melakukan pemilihan, sama ada ingin mengikut trend, rentak dan penilaian masyarakat semasa atau mengikut sepenuh segala acuan dan trend yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Sama-sama kita menilai dengan sebaiknya..(。◕‿◕。)
No comments:
Post a Comment