CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 4, 2011

Darah Haid Baik Untuk Jantung


TOKYO – Darah haid yang sering melanda wanita mungkin pada satu masa nanti bermanfaat kerana para penyelidik Jepun percaya bahawa ia boleh membantu membaiki sel jantung yang rosak.

Sekumpulan saintis memperoleh darah haid daripada sembilan wanita dan menyimpannya selama sebulan dengan menumpukan kepada sel yang boleh bertindak sebagai sel stem. Para saintis itu turut disertai oleh pakar jantung Universiti Keio, Shunichiro Miyoshi.


Sebanyak 20 peratus daripada sel itu mula bergetar secara spontan tiga hari selepas ia diletakkan bersama sel-sel jantung tikus. Sel berkenaan membentuk lapisan nipis seperti lapisan tisu jantung.

“Mungkin terdapat satu sistem pada masa hadapan yang akan membenarkan wanita menggunakan tisu itu untuk rawatan mereka sendiri,” kata Miyoshi semalam. – AFP

No comments:

Post a Comment