Assalamualaikum w.b.t
Semua orang pasti ingin merasakan untuk mencintai dan dirinya
dicintai bukan??Cinta itu memang indah, tanyalah sesiapa pun.
Malah diri ini pun terasa di awang-awangan tatkala dalam bercinta.
Tetapi sekiranya cinta itu gagal dikawal, kebahagiaan itu tidak
kekal lama. Disini juz nak berkongsi nasihat agar cinta kita
itu betul pada landasanNya tidak tersasar, sama-samalah
kita.
dihirup sebelum engkau berkahwin dengan si dia.
3. Jika engkau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik si dia.
4. Jika engkau mencintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatnya.
5. Kebahagiaan yang engkau lihat sebelum berkahwin adalah palsu, yang hakikatnya adalah selepas engkau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau mahukan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah kau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawa ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
No comments:
Post a Comment